Thursday 6 October 2011

AKTIVITI UNTUK LINUS

Pada 20 September 2011 hingga 21 September 2011, saya telah membawa seorang murid menghadiri program Kem LINUS 1/2011 yang dianjur oleh PPD Klang.
Objektif untuk program ini adalah untuk membantu guru pemulihan atau guru LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bagi LINUS Tegar. Dalam program ini, pihak pengajur telah mengadakan beberapa aktiviti bagi murid-murid LINUS Tegar. Antaranya ialah kotak beracun, di mana tempat saya, harta kanun dan sebagainya.
“Kotak beracun” ialah satu kotak yang berisi kad-kad abjad. Murid-murid akan mengambil kotak itu bergilir-gilir dengan diringi oleh muzik. Apabila muzik berhenti, sesiapa yang memegang kotak itu dikehendaki mengambil satu kad abjad dari kotak itu lalu menyebut abjad itu.
“Harta kanun” ialah urus setia menyediakan kad suku kata dan gambar. Urus setia akan menyusun gambar berturut-turut. Kemudian murid-murid hendak mencari suku kata yang telah disimpan oleh urus setia sebelum supaya boleh menjadi satu perkataan yang betul berdasarkan gambar. Kemudian, aktiviti ini juga boleh dijalankan dengan cara lain seperti minta murid-murid membetulkan suku kata berdasarkan gambar.
“Di mana tempat saya” ialah guru menyediakan kad-kad abjad dan menyusun di papan hitam mengikut urutan. Kemudian murid-murid membaca abjad-abjad mengikut urutan. Selepas itu, guru mengeluarkan kad abjad secara rawak dan minta murid menyusun abjad itu dengan urutan yang betul.
 Selain aktiviti-aktiviti, pihak pengajur juga mengadakan uji minda bagi murid-murid tersebut. Akhir sekali, program ini juga mengadakan majlis penutupan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid.